BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »

Monday 12 December 2011

soalan bagi Gerudi

1.Apakah fungsi utama gerudi?

2.Nyatakan liam jenis mesin gerudi yang sering digunakan.

3. Berikan 3 keistimewaan mesin gerudi jejari.

4.Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih iaitu jenis pistol dan jenis kerja berat. Nyatakan ciri-ciri mesin gerudi mudah alih jenis pistol.

5. mesin gerudi regu dan mesin gerudi turret merupakan jenis mesin gerudi ....................

how to use hand drill


Jenis-jenis mesin gerudi

Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang, disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang sengat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik. Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi, seperti:

*Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.
*Mesin gerudi tiang
*Mesin gerudi jejarian
*Mesin gerudi mudah alih
*Mesin gerudi kerja khas


Mesin Gerudi Tekan ( Jenis meja dan lantai )

Mesin ini dinamakan mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakkan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada 2 jenisiaitu jenis meja dan jenis lantai. Jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil kedudukannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13mm sahaja.

Mesin Gerudi Tiang

Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukannya stabil. Bentuk mesin ini hampir sama dengan bentuk mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pembolehubah dan hantaran berkuasa aautomatik, dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan keljuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.

Mesin Gerudi Jejari

Mesin gerudi jejari sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak ke luar atau kedalam dia atas lengan jejarian dan lengan ini dipasang diatas turus tegak mesin itu. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi ditempatkan pada sebarang arah lokasi diatas permukaan benda kerja. Dengan itu kerja tidak perlu diset berulang kali. Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang dengan kepala universal yang boleh dikilas pada sebarang sudut. Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah pengesetannya. Keistimewaan lain mesin ini ialah:

a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar.

b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi

c) pemilihan kelajuan lebih luas

d) tegap dan tidak bergegar

Mesin Gerudi Mudah Alih

Mesin ini mudah dibawa ke sana kemari. Gunanya ialah untuk menggerudi lubang yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa elektrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih, iaitu:

a) Jenis Pistol

Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang sebelah tangan. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.

b) Jenis Kerja Berat

Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat.

Mesin Gerudi Khas

Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai kegunaan, bergantung kepada mesin gerudi khas itu. Jeni-jenis mesin gerudi khas ialah:

*Mesin Gerudi berbilang Spindal
*Mesin Gerudi Regu
*Mesin Gerudi Turret
*Mesin Gerudi Kawalan Angka Berkomputer.

cara-cara menggerudi kepingan logam menggunakan gerudi tangan



  • Pasangkan gerudi tangan untuk digunakan dan Pastikan ia berfungsi dengan betul




  • Tandakan pada kepingan logam di tempat yang ingin digerudi




  • Gerudikan di tempat yang telah ditanda dengan betul




  • Pastikan mata gerudi tangan telah menembusi kepingan logam




  • hasil gerudi pada kepingan logam menggunakan gerudi tangan

cara-cara menggerudi kepingan logam menggunakan gerudi meja



  • Tandakan (X) pada kepingan logam di tempat yang ingin digerudi




  • Halakan mata gerudi meja di kepingan logam yang telah ditanda dan putarkan ragum untuk menggerakkan mata gerudi dan menebuk kepingan logam




  • Pastikan mata gerudi dapat menebuk lubang di tempat yang betul dan putarkan ragum supaya mata gerudi naik ke atas




  • Hasil daripada menggerudi menggunakan gerudi meja

soalan bagi penjadualan pengajaran

1.Berapakah langkah yang harus diambil untuk menyediakan penjadualan pengajaran dan nyatakan langkah-langkah tersebut?

2.Apakah prinsip dalam menentukan apa yang hendak diajar?

3.Nyatakan 5 kepentingan bengkel dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.Selain daripada susun atur yang kemas, apakah amalan pengurusan bengkel yang lain?

5.Amalan 4M telah dilakukan di bengkel. Pada pendapat anda, apakah kepentingan 4 M dan nyatakan amalan-amalan tersebut.